♡ T R I P L E-E L ♡
Ahlan Wasahlan Ya Syaaban :')
Monday 10 June 2013 • 01:11 • 0 si comel
assalamualaikum kawan ! :) ....

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Oh yeahh , hanan tak sabar rasenyer ..




Di kesempatan yang ade ni , hanan nak share sedikit sebanyak fadhilat Syaaban . Harap2 bloggers semua dapat manfaat dari apa yang hanan kongsikan .. Heheh .. Jom kite terjah ape dia !

Fadhilat Syaaban :
   


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

- Memperbanyakkan puasa sunat sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar   untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

- Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

- Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Jangan lupa amalkan doa ini , 
mudah-mudahan dimakbulkan olehNYA :')

   


PASTFUTURE
AWAK CARI APA ?



// MAD WORLD~


✿THE OWNER✿


-->ASSALAMUALAIKUM :)<--

Welcome to my blog.
Hey , I'm Nur Hanan Aqilah Abu Bakar.
Unofficially 20 years old.
Follow my blog? Tell me! I'll follow u back dear
Please be nice here okay. You'll be blessed
Tq dalim :)

twitter : @nurhananaqilah
instagram : @hnnaqilah

mood : Rinduuu ~
http://matcuoi.com
 Cute Visitor[s]ღ
GIVE ME YOUR WORDS !
✖ no harsh words !
✔ url blog sahaja dibenarkan
❣ link iklan tak akan diendahkan
♪//HARAP MAKLUM//♪



FOLLOW SINI DEAR


TABUNG STUDY ^^,





BLOG ARCHIEVES