♡ T R I P L E-E L ♡
#1 Tips-tips (Cara-cara Nak Kecikkan Paha)
Wednesday 12 June 2013 • 23:05 • 0 si comel
*Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.*

1. ‘Kerusi bayangan’
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:

Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.


2. Pergerakan “menggunting”
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

3. Pusingan bulatan
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.


GOOD LUCK :)

Labels:



PASTFUTURE
AWAK CARI APA ?



// MAD WORLD~


✿THE OWNER✿


-->ASSALAMUALAIKUM :)<--

Welcome to my blog.
Hey , I'm Nur Hanan Aqilah Abu Bakar.
Unofficially 20 years old.
Follow my blog? Tell me! I'll follow u back dear
Please be nice here okay. You'll be blessed
Tq dalim :)

twitter : @nurhananaqilah
instagram : @hnnaqilah

mood : Rinduuu ~
http://matcuoi.com
 Cute Visitor[s]ღ
GIVE ME YOUR WORDS !
✖ no harsh words !
✔ url blog sahaja dibenarkan
❣ link iklan tak akan diendahkan
♪//HARAP MAKLUM//♪



FOLLOW SINI DEAR


TABUNG STUDY ^^,





BLOG ARCHIEVES